Sunday 14 December 2014

Perang Tiga segi


PERSAINGAN JOHOR,ACHEH DAN PORTUGIS

Kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah membuka peluang kerajaan lain untuk menguasai perdagangan di selat Melaka. Selat Melaka yang merupakan antara laluan perdagangan terpenting di dunia pada masa tersebut. Penaklukan Goa dan Melaka oleh bangsa Portugis telah menganggu sebahagian lalu lintas antarabangsa , pihak Portugis juga menghalau para perdagang islam untuk berdagang di Melaka dan hal ini telah memberi peluang kepada kerajaan aceh untuk mengambil alih kuasa perdagangan Melaka . Selepas Melaka ditawan oleh Portugis, sultan Melaka pada ketika itu iaitu Sultan Mahmud telah berundur dan menubuhkan sebuah kerajaan baru iaitu kerajaan Johor. Kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kukuh kerana pihak Portugis hanya menguasai kota Melaka tidak keseluruhan empayarnya, dek sebab itu kerajaan Johor mudah untuk berkembang. Persaingan antara Johor, Aceh, dan Portugis ini berlaku apabila setiap kerajaan berebut untuk menguasai perdagangan. Sepanjang abad ke-16 peperangan dan suasana tidak selamat telah menghantui kehidupan di selat Melaka hal ini demikian kerana berlakunya peperangan di antara ketiga-tiga kuasa ini. Persaingan antara kuasa ini dikenali sebagai perang tiga segi dan peperangan ini berlarutan selama 100 tahun dan berakhir apabila kemasukan kuasa baru iaitu belanda.





PERISTIWA PERSAINGAN
               
Berdasarkan karya-karya penulis asing serta para sejarawan persaingan antara kerajaan Aceh yang terletak di bahagian paling utara pulau Sumatera yang sebahagian daripada selat Melaka dengan kerajaan Johor di bahagian selatan semenanjung tanah Melayu yang juga termasuk di dalam selat Melaka telah berlaku sejak abad ke 16. Persaingan ini bertambah rumit apabila ia juga melibatkan kuasa asing seperti Portugis. Hal ini dibuktikan apabila Portugis telah menyerang kerajan Johor kerana menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Belanda. Hubungan ini telah membawa kepada penempatan pegawai Belanda di Batu Sawar yang membuatkan Portugis berasa kurang senang kerana persengketaan lama yang berlaku dengan Belanda. Pihak Portugis telah memberi amaran kepada kerajaan Johor namun tidak diendahkan oleh pemerintah Johor pada ketika itu iaitu Sultan Alaudin Riayat Syah III. Perkara ini telah menyebabkan pihak Portugis melakukan serangan ke atas Johor dan telah menyebabkan Sultan Alaudin Riayat Shah III terpaksa berundur dan bersemayam di tempat baru iaitu berdekatan dengan Batu Sawar.
Namun begitu, setelah bersemayam di tempat baru, Sultan Alaudin Riayat Syah III bertindak menjalinkan hubungan dengan Portugis. Hal ini kerana Sultan Alaudin bertidak membuat pakatan dengan Portugis untuk merajakan puteranya iaitu Raja Bujang sebagai Sultan Pahang pada 1615 bagi menggantikan pemerintahan Sultan Abdul Ghafur yang dikatakan berkelakuan tidak baik. Perkara ini kurang disenangi oleh Kerajaan Acheh seterusnya mebawa kepada serangan  oleh Kerajaan Acheh ke atas Batu Sawar. Sultan Alaudin Riayat Syah telah berundur ke Seluyut namun tertangkap. Baginda telah dibawa ke Acheh dan dibunuh. Disebabkan Raja Bujang menaiki tahkta hasil pakatan Johor-Portugis, ini menyebabkan Acheh telah melancarkan serangan ke atas Kerajaan Pahang pula pada tahun 1617 dan Pahang telah berjaya ditewaskan dan Raja Bujang berundur ke Pulau Lingga.
Dapat kita simpulkan bahawa  faktor hubungan persahabatan yang dijalinkan oleh Kerajaan Johor dengan kuasa luar seperti Portugis dan Belanda secara tidak langsung telah menimbulkan konflik yang berpanjangan di antara Johor,Acheh dan Portugis.



14 comments:

  1. mengambil iktibar daripada sejarah .

    ReplyDelete
  2. Bagaimanakah perang tiga segi berjaya ditamatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. peperangan ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada belanda untuk mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641.Acheh pula mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani

      Delete
  3. perdagangan johor maju belanda memberi keistimewaan perdagangan kepada johor seterusnya campur tangan belanda ini juga menyebabkan perang segi tiga berakhir.

    ReplyDelete
  4. Ini artikel bahasa melayu ya? Ya ampun siapapun yang menulis ini, terima kasih sudah mempermudah tugas sekolahku😭

    ReplyDelete
  5. Boleh berikan sumber rujukan utk artikel ini? Kerana ada percanggahan dari sumber arkib negara.

    ReplyDelete