EMPAYAR LANGKASUKA
Empayar langkasuka menjadi begitu
terkenal bukan sahaja kerana kepentingannya yang terletak di tengah-tengah
perjalanan laut perdagangan antarabangsa India-China malah disegani kerana
kemantapan tamadunnya.Sekiranya rakyat Kedah menyatakan asal nama Langkasuka
muncul daripada keceriahan ‘Alangkah Suka’ dan rakyat Patani daripada cerita
penglipur lara, ‘Lakun Saka.’ Tegas W. Linehan, kemunculan nama Langkasuka
adalah berasal dari perkataan langka dan Asoka, cucunda kepada
Maharaja Chandragupta Maurya yang memerintah utara India pada abad ke-3 SM.
Betapa
kuatnya pengaruh dan hubungan kebudayaan Hindhu-Budhha terletak pada nama
Langkasuka itu sendiri. Ada kemungkinan pedagang atau kaum Brahman India yang
beragama Hindu menamakan Langkasuka atau negeri pulau (Asoka), sebagai
penghormatan terhadap maharaja mereka. Beliau menambah, bahawa Langkasuka
bermakna Pulau Asoka, sempena nama Maharaja Asoka yang memerintah India,
264-228 SM. Nama Langkasuka mengandungi erti yang besar, itulah sebabnya
mengapa pengarang Hikayat Merong Mahawangsa memasukkan nama tersebut dalam
penulisannya. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan kerana apakah benar nama balai/kota
Langkasuka dalam hikayat itu dengan Negara Langkasuka sebenarnya.
Menurut sumber India perluasan
Langkasuka meliputi separuh daripada bahagian utara Semenanjung hingga ke
kawasan laut di sebelah timur dan juga barat. Jelas sumber China Liang Shu pula, perluasan Langkasuka mengikut panjang
pantainya jika perjalanan arah timur ke barat memakan masa selama 30 hari dan dari
utara ke selatan sejauh 20 hari perjalanan.Pada zaman kegemilangannya daerah
penguasaan merangkumi negeri-negeri Melayu Ligor, Snk-ku-na (Singgora atau
songkha sekarang), Kun-ha-tai (patani), Ko-lan-tan (Kelantan), Teng-ka-ha-lo
(Terengganu), Kedah dan Daerah Hulu Perak. Bahkan Langkasuka menguasai seluruh
semenanjung,di sebelah utara hingga Ligor dan menganjur ke selatan hingga
Temasik. Sungguhpun demikian perluasannya semakin berkurangan menjelang
abad-abad terakhir kemerosotan dan sejarah kejatuhannya. Tarikh Patani
menerangkan:
Dan kawalan negeri langkasuka ini
termasuk Legor dan Saujara(singgora) dan pelabuhan besarnya Patani…Kawasan
sebelah selatan sampai ke mulut tanjung (kemungkinan Singapura atau Temasik)71.
Ternyata Langkasuka menguasai dan mengawal satu daripada jalan rentasan darat
menghubungi pantai barat dan pantai timur Semenanjung (Trans-Peninsular). Jalan
rentasan Semenanjung lain dari Langkasuka melalui Singgora ke Patalung hingga
Ligor, dari Langkasuka ke Kedah ataupun ke Chumpon, dari Trang ke Pelabuhan Kra
atau Takuapa dan di bahagian selatan sepanjang pantai timur Semenanjung. Sungai-sungai
besar yang muaranya menghadap teluk siam dan laut china selatan seperti
sungai patani, sungai teluban, sungai Kelantan, sungai Terengganu dan sungai
Pahang, adalah juga jajahan kawalan Langkasuka. Sungai-sungai ini bukan sahaja berperanan sebagai jalan perniagaan
penting malah menyalurkan hasil perlombongan emas dan bijih timah. Rangkaian
perlombongan emas terdapat dari negeri Patani hingga Pahang, justeru bahan
inilah menjadi sumber utama menampung ekonomi Langkasuka.
Queen of Langkasuka Movie Trailer
salam sejahtera. boleh saya tahu, dari mana tuan dapat info ini? dari buku ke? saya ingin tahu tajuk buku. terima kasih
ReplyDeleteSalam boleh dapat rujukan?
ReplyDeleteSalam boleh dapat rujukan?
ReplyDelete