Saturday 13 December 2014

Kerajaan Chih Tu

                           
  

Menurut catatan sejarah, kerajaan chih tu dikatakan wujud pada awal abad sebelum Masihi lagi. kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Manakala menurut sumber catatan china tentang semenanjung tanah Melayu dianggarkan wujud pada awal abad ke 17 lagi hasil daripada satu perutusan ke kerajaan chih tu . Maklumat tentang ekspedisi ini diperoleh daripada catatan Ch’ih-t’u Kuo chi. Walaupun catatan ini sudah tidak lagi wujud tetapi bahan penulisannya masih lagi terdapat dalam perenggan-perenggan dalam Sui-shu, Pei-shih dan T’ai-p’ing yun Lan.
Kerajaan Chih tu adalah sebahagian daripada Empayar Funan , Kerajaan Chih tu berada di laut Selatan yang mengambil masa 100 hari untuk sampai jika melalui jalan laut. Mengikut catatan daripada sumber China Tanah di sekitar kerajaan chih tu kebanyakkan merah atau bertanah liat. Di sebelah timur kerajaan Chih tu adalah kerajaan Po-lo-la. Bahagian utara kerajaan Chih tu adalah lautan. Raja diberi gelaran Chu tan dan nama sebenar Raja ketika itu adalah Li-fu-To-Se. Baginda ketika itu tidak tahu tentang kerajaan yang jauh seperti Kerajaan China. Raja Chih tu bersemayam di tempat bernama Seng-chih, di mana ia mempunyai tiga tembok setiap satunya mempunyai jarak yang seratus langkah kaki. Di setiap tembok tersebut pula mempunyai lukisan yang berkaitan dengan semangat terbang, bodhisattvas dan roh abadi dan tembok itu digantung dengan bunga emas dan loceng. Pada setiap pintu tembok terdapat 4 orang pegawai yang berada di sebelah pagoda buddha. Semua bangunan yang terdapat di istana raja terdiri daripada balai yang berbilang dan pintu berada di sebelah utara.
           
Dalam kerajaan Chih tu adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap rakyatnya  menindik telinga mereka dan memotong rambut dalam sebuah perayaan keagamaan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengagungkan buddha tetapi penghormatan yang tertinggi diberi kepada para brahmin. Para perempuan perlu mengikat rambut  mereka. Kerajaan chih tu mengamalkan ajaran buddha dalam kerajaan mereka, ini dapat dilihat dari struktur bangunan dan struktur masyarakat chih tu yang meletakkan golongan brahmin pada kedudukan yang istimewa. Masyarakat chih tu juga menjalankan upacara perkahwinan. Bagi mengadakan upacara perkahwinan hari yang dianggap bertuah dipilih. Lima hari sebelum upacara perkahwinan dijalankan, Keluarga sebelah perempuan akan menyediakan bahan untuk upacara dan setelah upacara perkahwinan selesai harta perkahwinan akan dibahagikan serta pasangan pengantin akan tinggal di rumah berasingan. Bagi upacara kematian pula, bapa atau abang kepada si mati perlu mencukur kepala mereka dan berpakaian preman dam mereka perlu melakukan upacara kematian saudara mereka itu sendiri.

1 comment:

  1. apakah peranan kerajaan chih tu dalam sistem pemerintahan kerajaan chih tu?

    ReplyDelete