Saturday 13 December 2014

                   
                                     KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

 Kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kedua-dua bentuk kerajaan ini telah muncul pada awal tahun Masihi atau pada zaman proto-sejarah dan menjadi batu asas kepada kerajaan-kerajaan yang wujud pada zaman klasik.Kerajaan seperti chih tu, kerajaan tun-sun dan kerajaan pan-pan merupakan sebuah kerajaan maritim
 Kerajaan maritim
Kerajaan maritim terletak di muara lembah sungai, kawasan persisiran pantai dan di kawasan kepulauan. Antara kerajaan-kerajaan maritime utama ialah di Tanah Melayu seperti Langkasuka , Chih-Tu, Pan-pan dan Tun-sun.
Kerajaan maritim sekurang-kurangnya mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat pelabuhan utama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perdagangan, tempat persinggahan dan mempunyai tempat kegiatan agama Hindu-Buddha. Pelabuhan-pelabuhan yang wujud di kerajaan maritime dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entrepot.
Masyarakat maritim terdiri daripada masyarakat tempatan, orang laut dan pedagang luar. Berbeza dengan kerajaan agraria, di kerajaan maritim biasanya menggunakan lebih daripada satu bahasa.
Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran belayar ke kawasan yang lebih jauh atas tujuan perdagangan atau sebagainya. Pelbagai kaedah digunakan oleh masyarakat maritime dalam memulakan pelayaran, antaranya dengan menggunakan panduan bintang di langit. Selain itu, masyarakat maritime juga berkemahiran tinggi dalam membuat perahu untuk perdagangan jarak jauh dan kapal layar untuk perdagangan jarak jauh. Pembentukan masyarakat majmuk juga merupakan ciri masyarakat maritim. Bagi memastikan kerajaan maritime meningkatkan kejayaan, mereka memerlukan sebuah masyarakat perdagangan yang kukuh dengan mewujudkan sebuah kerajaan yang mempunyai pelbagai bangsa dan kewarganegaraan.
Kerajaan Tun-sun, Langkasuka, Pan-Pan, dan Chih tu merupakan sebuah kerajaan maritim yang sumber ekonomi utama adalah perdagangan.

No comments:

Post a Comment