PENEMUAN BARANGAN ZAMAN PRASEJARAH
Thursday, 18 December 2014
Sunday, 14 December 2014
Perang Tiga segi
PERSAINGAN
JOHOR,ACHEH DAN PORTUGIS
Kejatuhan
kerajaan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah membuka peluang
kerajaan lain untuk menguasai perdagangan di selat Melaka. Selat Melaka yang
merupakan antara laluan perdagangan terpenting di dunia pada masa tersebut.
Penaklukan Goa dan Melaka oleh bangsa Portugis telah menganggu sebahagian lalu
lintas antarabangsa , pihak Portugis juga menghalau para perdagang islam untuk
berdagang di Melaka dan hal ini telah memberi peluang kepada kerajaan aceh untuk
mengambil alih kuasa perdagangan Melaka . Selepas Melaka ditawan
oleh Portugis, sultan Melaka pada ketika itu iaitu Sultan Mahmud telah berundur
dan menubuhkan sebuah kerajaan baru iaitu kerajaan Johor. Kerajaan Johor
menjadi sebuah kerajaan yang kukuh kerana pihak Portugis hanya menguasai kota
Melaka tidak keseluruhan empayarnya, dek sebab itu kerajaan Johor mudah untuk
berkembang. Persaingan antara Johor, Aceh, dan Portugis ini berlaku apabila
setiap kerajaan berebut untuk menguasai perdagangan. Sepanjang abad ke-16
peperangan dan suasana tidak selamat telah menghantui kehidupan di selat Melaka
hal ini demikian kerana berlakunya peperangan di antara ketiga-tiga kuasa ini.
Persaingan antara kuasa ini dikenali sebagai perang tiga segi dan peperangan
ini berlarutan selama 100 tahun dan berakhir apabila kemasukan kuasa baru iaitu
belanda.
PERISTIWA
PERSAINGAN
Berdasarkan
karya-karya penulis asing serta para sejarawan persaingan antara kerajaan Aceh
yang terletak di bahagian paling utara pulau Sumatera yang sebahagian daripada
selat Melaka dengan kerajaan Johor di bahagian selatan semenanjung tanah Melayu
yang juga termasuk di dalam selat Melaka telah berlaku sejak abad ke 16.
Persaingan ini bertambah rumit apabila ia juga melibatkan kuasa asing seperti
Portugis. Hal ini dibuktikan apabila Portugis telah menyerang kerajan Johor
kerana menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Belanda. Hubungan ini telah membawa
kepada penempatan pegawai Belanda di Batu Sawar yang membuatkan Portugis berasa
kurang senang kerana persengketaan lama yang berlaku dengan Belanda. Pihak
Portugis telah memberi amaran kepada kerajaan Johor namun tidak diendahkan oleh
pemerintah Johor pada ketika itu iaitu Sultan Alaudin Riayat Syah III. Perkara
ini telah menyebabkan pihak Portugis melakukan serangan ke atas Johor dan telah
menyebabkan Sultan Alaudin Riayat Shah III terpaksa berundur dan bersemayam di
tempat baru iaitu berdekatan dengan Batu Sawar.
Namun
begitu, setelah bersemayam di tempat baru, Sultan Alaudin Riayat Syah III
bertindak menjalinkan hubungan dengan Portugis. Hal ini kerana Sultan Alaudin
bertidak membuat pakatan dengan Portugis untuk merajakan puteranya iaitu Raja
Bujang sebagai Sultan Pahang pada 1615 bagi menggantikan pemerintahan Sultan
Abdul Ghafur yang dikatakan berkelakuan tidak baik. Perkara ini kurang
disenangi oleh Kerajaan Acheh seterusnya mebawa kepada serangan oleh Kerajaan Acheh ke atas Batu Sawar.
Sultan Alaudin Riayat Syah telah berundur ke Seluyut namun tertangkap. Baginda
telah dibawa ke Acheh dan dibunuh. Disebabkan Raja Bujang
menaiki tahkta hasil pakatan Johor-Portugis, ini menyebabkan Acheh telah
melancarkan serangan ke atas Kerajaan Pahang pula pada tahun 1617 dan Pahang
telah berjaya ditewaskan dan Raja Bujang berundur ke Pulau Lingga.
Dapat
kita simpulkan bahawa faktor hubungan
persahabatan yang dijalinkan oleh Kerajaan Johor dengan kuasa luar seperti
Portugis dan Belanda secara tidak langsung telah menimbulkan konflik yang
berpanjangan di antara Johor,Acheh dan Portugis.
Kerajaan Langkasuka
EMPAYAR LANGKASUKA
Empayar langkasuka menjadi begitu
terkenal bukan sahaja kerana kepentingannya yang terletak di tengah-tengah
perjalanan laut perdagangan antarabangsa India-China malah disegani kerana
kemantapan tamadunnya.Sekiranya rakyat Kedah menyatakan asal nama Langkasuka
muncul daripada keceriahan ‘Alangkah Suka’ dan rakyat Patani daripada cerita
penglipur lara, ‘Lakun Saka.’ Tegas W. Linehan, kemunculan nama Langkasuka
adalah berasal dari perkataan langka dan Asoka, cucunda kepada
Maharaja Chandragupta Maurya yang memerintah utara India pada abad ke-3 SM.
Betapa
kuatnya pengaruh dan hubungan kebudayaan Hindhu-Budhha terletak pada nama
Langkasuka itu sendiri. Ada kemungkinan pedagang atau kaum Brahman India yang
beragama Hindu menamakan Langkasuka atau negeri pulau (Asoka), sebagai
penghormatan terhadap maharaja mereka. Beliau menambah, bahawa Langkasuka
bermakna Pulau Asoka, sempena nama Maharaja Asoka yang memerintah India,
264-228 SM. Nama Langkasuka mengandungi erti yang besar, itulah sebabnya
mengapa pengarang Hikayat Merong Mahawangsa memasukkan nama tersebut dalam
penulisannya. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan kerana apakah benar nama balai/kota
Langkasuka dalam hikayat itu dengan Negara Langkasuka sebenarnya.
Menurut sumber India perluasan
Langkasuka meliputi separuh daripada bahagian utara Semenanjung hingga ke
kawasan laut di sebelah timur dan juga barat. Jelas sumber China Liang Shu pula, perluasan Langkasuka mengikut panjang
pantainya jika perjalanan arah timur ke barat memakan masa selama 30 hari dan dari
utara ke selatan sejauh 20 hari perjalanan.Pada zaman kegemilangannya daerah
penguasaan merangkumi negeri-negeri Melayu Ligor, Snk-ku-na (Singgora atau
songkha sekarang), Kun-ha-tai (patani), Ko-lan-tan (Kelantan), Teng-ka-ha-lo
(Terengganu), Kedah dan Daerah Hulu Perak. Bahkan Langkasuka menguasai seluruh
semenanjung,di sebelah utara hingga Ligor dan menganjur ke selatan hingga
Temasik. Sungguhpun demikian perluasannya semakin berkurangan menjelang
abad-abad terakhir kemerosotan dan sejarah kejatuhannya. Tarikh Patani
menerangkan:
Dan kawalan negeri langkasuka ini
termasuk Legor dan Saujara(singgora) dan pelabuhan besarnya Patani…Kawasan
sebelah selatan sampai ke mulut tanjung (kemungkinan Singapura atau Temasik)71.
Ternyata Langkasuka menguasai dan mengawal satu daripada jalan rentasan darat
menghubungi pantai barat dan pantai timur Semenanjung (Trans-Peninsular). Jalan
rentasan Semenanjung lain dari Langkasuka melalui Singgora ke Patalung hingga
Ligor, dari Langkasuka ke Kedah ataupun ke Chumpon, dari Trang ke Pelabuhan Kra
atau Takuapa dan di bahagian selatan sepanjang pantai timur Semenanjung. Sungai-sungai
besar yang muaranya menghadap teluk siam dan laut china selatan seperti
sungai patani, sungai teluban, sungai Kelantan, sungai Terengganu dan sungai
Pahang, adalah juga jajahan kawalan Langkasuka. Sungai-sungai ini bukan sahaja berperanan sebagai jalan perniagaan
penting malah menyalurkan hasil perlombongan emas dan bijih timah. Rangkaian
perlombongan emas terdapat dari negeri Patani hingga Pahang, justeru bahan
inilah menjadi sumber utama menampung ekonomi Langkasuka.
Queen of Langkasuka Movie Trailer
Saturday, 13 December 2014
Kerajaan Chih Tu
Menurut
catatan sejarah, kerajaan chih tu dikatakan wujud pada awal abad sebelum Masihi
lagi. kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Manakala menurut sumber catatan china
tentang semenanjung tanah Melayu dianggarkan wujud pada awal abad ke 17 lagi
hasil daripada satu perutusan ke kerajaan chih tu . Maklumat tentang ekspedisi
ini diperoleh daripada catatan Ch’ih-t’u Kuo chi. Walaupun catatan ini sudah
tidak lagi wujud tetapi bahan penulisannya masih lagi terdapat dalam
perenggan-perenggan dalam Sui-shu, Pei-shih dan T’ai-p’ing yun Lan.
Kerajaan
Chih tu adalah sebahagian daripada Empayar Funan , Kerajaan Chih tu berada di
laut Selatan yang mengambil masa 100 hari untuk sampai jika melalui jalan laut.
Mengikut catatan daripada sumber China Tanah di sekitar kerajaan chih tu
kebanyakkan merah atau bertanah liat. Di sebelah timur kerajaan Chih tu adalah
kerajaan Po-lo-la. Bahagian utara kerajaan Chih tu adalah lautan. Raja diberi
gelaran Chu tan dan nama sebenar Raja ketika itu adalah Li-fu-To-Se. Baginda
ketika itu tidak tahu tentang kerajaan yang jauh seperti Kerajaan China. Raja
Chih tu bersemayam di tempat bernama Seng-chih,
di mana ia mempunyai tiga tembok setiap satunya mempunyai jarak yang
seratus langkah kaki. Di setiap tembok tersebut pula mempunyai lukisan yang
berkaitan dengan semangat terbang, bodhisattvas
dan roh abadi dan tembok itu digantung dengan bunga emas dan loceng. Pada setiap pintu tembok
terdapat 4 orang pegawai yang berada di sebelah pagoda buddha. Semua bangunan
yang terdapat di istana raja terdiri daripada balai yang berbilang dan pintu
berada di sebelah utara.
Dalam kerajaan Chih tu adalah menjadi satu kewajipan
untuk setiap rakyatnya menindik telinga
mereka dan memotong rambut dalam sebuah perayaan keagamaan. Hal ini adalah
bertujuan untuk mengagungkan buddha tetapi penghormatan yang tertinggi diberi
kepada para brahmin. Para perempuan perlu mengikat rambut mereka. Kerajaan chih tu mengamalkan ajaran
buddha dalam kerajaan mereka, ini dapat dilihat dari struktur bangunan dan
struktur masyarakat chih tu yang meletakkan golongan brahmin pada kedudukan
yang istimewa. Masyarakat chih tu juga menjalankan upacara perkahwinan. Bagi
mengadakan upacara perkahwinan hari yang dianggap bertuah dipilih. Lima hari
sebelum upacara perkahwinan dijalankan, Keluarga sebelah perempuan akan
menyediakan bahan untuk upacara dan setelah upacara perkahwinan selesai harta
perkahwinan akan dibahagikan serta pasangan pengantin akan tinggal di rumah
berasingan.
Bagi upacara kematian pula, bapa atau abang kepada si mati perlu mencukur
kepala mereka dan berpakaian preman dam mereka perlu melakukan upacara kematian
saudara mereka itu sendiri.
KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kedua-dua bentuk kerajaan ini telah muncul pada awal tahun Masihi atau pada zaman proto-sejarah dan menjadi batu asas kepada kerajaan-kerajaan yang wujud pada zaman klasik.Kerajaan seperti chih tu, kerajaan tun-sun dan kerajaan pan-pan merupakan sebuah kerajaan maritim
Kerajaan
maritim
Kerajaan
maritim terletak di muara lembah sungai, kawasan persisiran pantai dan di
kawasan kepulauan. Antara kerajaan-kerajaan maritime utama ialah di Tanah Melayu
seperti Langkasuka , Chih-Tu, Pan-pan dan Tun-sun.
Kerajaan
maritim sekurang-kurangnya mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat pelabuhan
utama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perdagangan, tempat
persinggahan dan mempunyai tempat kegiatan agama Hindu-Buddha.
Pelabuhan-pelabuhan yang wujud di kerajaan maritime dibahagikan kepada beberapa
kategori iaitu pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entrepot.
Masyarakat
maritim terdiri daripada masyarakat tempatan, orang laut dan pedagang luar. Berbeza
dengan kerajaan agraria, di kerajaan maritim biasanya menggunakan lebih
daripada satu bahasa.
Masyarakat
maritim juga mempunyai kemahiran belayar ke kawasan yang lebih jauh atas tujuan
perdagangan atau sebagainya. Pelbagai kaedah digunakan oleh masyarakat maritime
dalam memulakan pelayaran, antaranya dengan menggunakan panduan bintang di
langit. Selain itu, masyarakat maritime juga berkemahiran tinggi dalam membuat
perahu untuk perdagangan jarak jauh dan kapal layar untuk perdagangan jarak
jauh. Pembentukan masyarakat majmuk juga merupakan ciri masyarakat maritim.
Bagi memastikan kerajaan maritime meningkatkan kejayaan, mereka memerlukan
sebuah masyarakat perdagangan yang kukuh dengan mewujudkan sebuah kerajaan yang
mempunyai pelbagai bangsa dan kewarganegaraan.
Kerajaan
Tun-sun, Langkasuka, Pan-Pan, dan Chih tu merupakan sebuah kerajaan maritim
yang sumber ekonomi utama adalah perdagangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)