Thursday 18 December 2014

Sunday 14 December 2014

Perang Tiga segi


PERSAINGAN JOHOR,ACHEH DAN PORTUGIS

Kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah membuka peluang kerajaan lain untuk menguasai perdagangan di selat Melaka. Selat Melaka yang merupakan antara laluan perdagangan terpenting di dunia pada masa tersebut. Penaklukan Goa dan Melaka oleh bangsa Portugis telah menganggu sebahagian lalu lintas antarabangsa , pihak Portugis juga menghalau para perdagang islam untuk berdagang di Melaka dan hal ini telah memberi peluang kepada kerajaan aceh untuk mengambil alih kuasa perdagangan Melaka . Selepas Melaka ditawan oleh Portugis, sultan Melaka pada ketika itu iaitu Sultan Mahmud telah berundur dan menubuhkan sebuah kerajaan baru iaitu kerajaan Johor. Kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kukuh kerana pihak Portugis hanya menguasai kota Melaka tidak keseluruhan empayarnya, dek sebab itu kerajaan Johor mudah untuk berkembang. Persaingan antara Johor, Aceh, dan Portugis ini berlaku apabila setiap kerajaan berebut untuk menguasai perdagangan. Sepanjang abad ke-16 peperangan dan suasana tidak selamat telah menghantui kehidupan di selat Melaka hal ini demikian kerana berlakunya peperangan di antara ketiga-tiga kuasa ini. Persaingan antara kuasa ini dikenali sebagai perang tiga segi dan peperangan ini berlarutan selama 100 tahun dan berakhir apabila kemasukan kuasa baru iaitu belanda.





PERISTIWA PERSAINGAN
               
Berdasarkan karya-karya penulis asing serta para sejarawan persaingan antara kerajaan Aceh yang terletak di bahagian paling utara pulau Sumatera yang sebahagian daripada selat Melaka dengan kerajaan Johor di bahagian selatan semenanjung tanah Melayu yang juga termasuk di dalam selat Melaka telah berlaku sejak abad ke 16. Persaingan ini bertambah rumit apabila ia juga melibatkan kuasa asing seperti Portugis. Hal ini dibuktikan apabila Portugis telah menyerang kerajan Johor kerana menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Belanda. Hubungan ini telah membawa kepada penempatan pegawai Belanda di Batu Sawar yang membuatkan Portugis berasa kurang senang kerana persengketaan lama yang berlaku dengan Belanda. Pihak Portugis telah memberi amaran kepada kerajaan Johor namun tidak diendahkan oleh pemerintah Johor pada ketika itu iaitu Sultan Alaudin Riayat Syah III. Perkara ini telah menyebabkan pihak Portugis melakukan serangan ke atas Johor dan telah menyebabkan Sultan Alaudin Riayat Shah III terpaksa berundur dan bersemayam di tempat baru iaitu berdekatan dengan Batu Sawar.
Namun begitu, setelah bersemayam di tempat baru, Sultan Alaudin Riayat Syah III bertindak menjalinkan hubungan dengan Portugis. Hal ini kerana Sultan Alaudin bertidak membuat pakatan dengan Portugis untuk merajakan puteranya iaitu Raja Bujang sebagai Sultan Pahang pada 1615 bagi menggantikan pemerintahan Sultan Abdul Ghafur yang dikatakan berkelakuan tidak baik. Perkara ini kurang disenangi oleh Kerajaan Acheh seterusnya mebawa kepada serangan  oleh Kerajaan Acheh ke atas Batu Sawar. Sultan Alaudin Riayat Syah telah berundur ke Seluyut namun tertangkap. Baginda telah dibawa ke Acheh dan dibunuh. Disebabkan Raja Bujang menaiki tahkta hasil pakatan Johor-Portugis, ini menyebabkan Acheh telah melancarkan serangan ke atas Kerajaan Pahang pula pada tahun 1617 dan Pahang telah berjaya ditewaskan dan Raja Bujang berundur ke Pulau Lingga.
Dapat kita simpulkan bahawa  faktor hubungan persahabatan yang dijalinkan oleh Kerajaan Johor dengan kuasa luar seperti Portugis dan Belanda secara tidak langsung telah menimbulkan konflik yang berpanjangan di antara Johor,Acheh dan Portugis.



Kerajaan Langkasuka


EMPAYAR LANGKASUKA
Empayar langkasuka menjadi begitu terkenal bukan sahaja kerana kepentingannya yang terletak di tengah-tengah perjalanan laut perdagangan antarabangsa India-China malah disegani kerana kemantapan tamadunnya.Sekiranya rakyat Kedah menyatakan asal nama Langkasuka muncul daripada keceriahan ‘Alangkah Suka’ dan rakyat Patani daripada cerita penglipur lara, ‘Lakun Saka.’ Tegas W. Linehan, kemunculan nama Langkasuka adalah berasal dari perkataan langka dan Asoka, cucunda kepada Maharaja Chandragupta Maurya yang memerintah utara India pada abad ke-3 SM.
            Betapa kuatnya pengaruh dan hubungan kebudayaan Hindhu-Budhha terletak pada nama Langkasuka itu sendiri. Ada kemungkinan pedagang atau kaum Brahman India yang beragama Hindu menamakan Langkasuka atau negeri pulau (Asoka), sebagai penghormatan terhadap maharaja mereka. Beliau menambah, bahawa Langkasuka bermakna Pulau Asoka, sempena nama Maharaja Asoka yang memerintah India, 264-228 SM. Nama Langkasuka mengandungi erti yang besar, itulah sebabnya mengapa pengarang Hikayat Merong Mahawangsa memasukkan nama tersebut dalam penulisannya. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan kerana apakah benar nama balai/kota Langkasuka dalam hikayat itu dengan Negara Langkasuka sebenarnya.
           
Menurut sumber India perluasan Langkasuka meliputi separuh daripada bahagian utara Semenanjung hingga ke kawasan laut di sebelah timur dan juga barat. Jelas sumber China Liang Shu pula, perluasan Langkasuka mengikut panjang pantainya jika perjalanan arah timur ke barat memakan masa selama 30 hari dan dari utara ke selatan sejauh 20 hari perjalanan.Pada zaman kegemilangannya daerah penguasaan merangkumi negeri-negeri Melayu Ligor, Snk-ku-na (Singgora atau songkha sekarang), Kun-ha-tai (patani), Ko-lan-tan (Kelantan), Teng-ka-ha-lo (Terengganu), Kedah dan Daerah Hulu Perak. Bahkan Langkasuka menguasai seluruh semenanjung,di sebelah utara hingga Ligor dan menganjur ke selatan hingga Temasik. Sungguhpun demikian perluasannya semakin berkurangan menjelang abad-abad terakhir kemerosotan dan sejarah kejatuhannya. Tarikh Patani menerangkan:
Dan kawalan negeri langkasuka ini termasuk Legor dan Saujara(singgora) dan pelabuhan besarnya Patani…Kawasan sebelah selatan sampai ke mulut tanjung (kemungkinan Singapura atau Temasik)71. Ternyata Langkasuka menguasai dan mengawal satu daripada jalan rentasan darat menghubungi pantai barat dan pantai timur Semenanjung (Trans-Peninsular). Jalan rentasan Semenanjung lain dari Langkasuka melalui Singgora ke Patalung hingga Ligor, dari Langkasuka ke Kedah ataupun ke Chumpon, dari Trang ke Pelabuhan Kra atau Takuapa dan di bahagian selatan sepanjang pantai timur Semenanjung. Sungai-sungai besar yang muaranya menghadap teluk siam dan laut china selatan seperti sungai patani, sungai teluban, sungai Kelantan, sungai Terengganu dan sungai Pahang, adalah juga jajahan kawalan Langkasuka. Sungai-sungai ini bukan sahaja berperanan sebagai jalan perniagaan penting malah menyalurkan hasil perlombongan emas dan bijih timah. Rangkaian perlombongan emas terdapat dari negeri Patani hingga Pahang, justeru bahan inilah menjadi sumber utama menampung ekonomi Langkasuka.

                                    
                                      Queen of Langkasuka Movie Trailer


Tutorial Sejarah asia tenggara



Saturday 13 December 2014

Kerajaan Chih Tu

                           
  

Menurut catatan sejarah, kerajaan chih tu dikatakan wujud pada awal abad sebelum Masihi lagi. kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Manakala menurut sumber catatan china tentang semenanjung tanah Melayu dianggarkan wujud pada awal abad ke 17 lagi hasil daripada satu perutusan ke kerajaan chih tu . Maklumat tentang ekspedisi ini diperoleh daripada catatan Ch’ih-t’u Kuo chi. Walaupun catatan ini sudah tidak lagi wujud tetapi bahan penulisannya masih lagi terdapat dalam perenggan-perenggan dalam Sui-shu, Pei-shih dan T’ai-p’ing yun Lan.
Kerajaan Chih tu adalah sebahagian daripada Empayar Funan , Kerajaan Chih tu berada di laut Selatan yang mengambil masa 100 hari untuk sampai jika melalui jalan laut. Mengikut catatan daripada sumber China Tanah di sekitar kerajaan chih tu kebanyakkan merah atau bertanah liat. Di sebelah timur kerajaan Chih tu adalah kerajaan Po-lo-la. Bahagian utara kerajaan Chih tu adalah lautan. Raja diberi gelaran Chu tan dan nama sebenar Raja ketika itu adalah Li-fu-To-Se. Baginda ketika itu tidak tahu tentang kerajaan yang jauh seperti Kerajaan China. Raja Chih tu bersemayam di tempat bernama Seng-chih, di mana ia mempunyai tiga tembok setiap satunya mempunyai jarak yang seratus langkah kaki. Di setiap tembok tersebut pula mempunyai lukisan yang berkaitan dengan semangat terbang, bodhisattvas dan roh abadi dan tembok itu digantung dengan bunga emas dan loceng. Pada setiap pintu tembok terdapat 4 orang pegawai yang berada di sebelah pagoda buddha. Semua bangunan yang terdapat di istana raja terdiri daripada balai yang berbilang dan pintu berada di sebelah utara.
           
Dalam kerajaan Chih tu adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap rakyatnya  menindik telinga mereka dan memotong rambut dalam sebuah perayaan keagamaan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengagungkan buddha tetapi penghormatan yang tertinggi diberi kepada para brahmin. Para perempuan perlu mengikat rambut  mereka. Kerajaan chih tu mengamalkan ajaran buddha dalam kerajaan mereka, ini dapat dilihat dari struktur bangunan dan struktur masyarakat chih tu yang meletakkan golongan brahmin pada kedudukan yang istimewa. Masyarakat chih tu juga menjalankan upacara perkahwinan. Bagi mengadakan upacara perkahwinan hari yang dianggap bertuah dipilih. Lima hari sebelum upacara perkahwinan dijalankan, Keluarga sebelah perempuan akan menyediakan bahan untuk upacara dan setelah upacara perkahwinan selesai harta perkahwinan akan dibahagikan serta pasangan pengantin akan tinggal di rumah berasingan. Bagi upacara kematian pula, bapa atau abang kepada si mati perlu mencukur kepala mereka dan berpakaian preman dam mereka perlu melakukan upacara kematian saudara mereka itu sendiri.
                   
                                     KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

 Kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kedua-dua bentuk kerajaan ini telah muncul pada awal tahun Masihi atau pada zaman proto-sejarah dan menjadi batu asas kepada kerajaan-kerajaan yang wujud pada zaman klasik.Kerajaan seperti chih tu, kerajaan tun-sun dan kerajaan pan-pan merupakan sebuah kerajaan maritim
 Kerajaan maritim
Kerajaan maritim terletak di muara lembah sungai, kawasan persisiran pantai dan di kawasan kepulauan. Antara kerajaan-kerajaan maritime utama ialah di Tanah Melayu seperti Langkasuka , Chih-Tu, Pan-pan dan Tun-sun.
Kerajaan maritim sekurang-kurangnya mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat pelabuhan utama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perdagangan, tempat persinggahan dan mempunyai tempat kegiatan agama Hindu-Buddha. Pelabuhan-pelabuhan yang wujud di kerajaan maritime dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entrepot.
Masyarakat maritim terdiri daripada masyarakat tempatan, orang laut dan pedagang luar. Berbeza dengan kerajaan agraria, di kerajaan maritim biasanya menggunakan lebih daripada satu bahasa.
Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran belayar ke kawasan yang lebih jauh atas tujuan perdagangan atau sebagainya. Pelbagai kaedah digunakan oleh masyarakat maritime dalam memulakan pelayaran, antaranya dengan menggunakan panduan bintang di langit. Selain itu, masyarakat maritime juga berkemahiran tinggi dalam membuat perahu untuk perdagangan jarak jauh dan kapal layar untuk perdagangan jarak jauh. Pembentukan masyarakat majmuk juga merupakan ciri masyarakat maritim. Bagi memastikan kerajaan maritime meningkatkan kejayaan, mereka memerlukan sebuah masyarakat perdagangan yang kukuh dengan mewujudkan sebuah kerajaan yang mempunyai pelbagai bangsa dan kewarganegaraan.
Kerajaan Tun-sun, Langkasuka, Pan-Pan, dan Chih tu merupakan sebuah kerajaan maritim yang sumber ekonomi utama adalah perdagangan.

KEMEGAHAN TAMADUN ASIA TENGGARA



                                                   ANGKOR WAT , KEMBOJA





                                         CANDI BOROBUDUR , INDONESIA